5. Perubahan Kereaktifan Unsur Menuruni Kumpulan 1

 1. Unsur Kumpulan 1 ialah logam yang sangat reaktif.

2. Logam alkali mempunyai sifat kimia yang sama tetapi berbeza dari segi kereaktifannya.

3. Kereaktifan logam alkali bertambah apabila menuruni kumpulan.

4. Kereaktifan logam alkali bergantung kepada kecenderungannya untuk menderma elektron valens. Atom yang lebih senang untuk menderma elektron adalah lebih reaktif.

5. Apabila menuruni Kumpulan 1, saiz atom bertambah. Elektron valens tunggal akan semakin jauh daripada nukleus. Oleh itu, daya tarikan antara nukleus dengan elektron valens menjadi lemah. Jadi, lebih mudah bagi atom untuk menderma elektron valens tunggal bagi mencapai susunan elektron oktet atau duplet. Oleh itu, kereaktifan unsur Kumpulan 1 meningkat apabila menuruni kumpulan.





Comments

Popular posts from this blog

Siti Humairah binti Hamzah & Dr Hafsah Taha