6. Sifat Fizik dan Sifat Kimia Unsur Lain dalam Kumpulan 1
1. Dengan menggunakan pengetahuan tentang litium, natrium dan kalium, kita boleh meramalkan sifat fizik dan sifat kimia bagi unsur lain dalam kumpulan lain dalam Kumpulan 1 seperti rubidium, sesium dan fransium.
2. Contohnya, rubudium, Rb, ialah unsur di bawah kalium dalam Kumpulan 1. Kita boleh ramalkan rubidium ialah logam lembut dengan permukaan berkilat. Rubidium juga mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah.
3. Rubidium, sesium dan fransium dijangka mempunyai sifat kimia yang sama seperti litium, natrium dan kalium tetapi lebih cergas (lebih reaktif) daripada kalium.
4. Contohnya, tindakbalas rubidium dengan air, oksigen dan klorin adalah seperti berikut :
Apabila rubidium diletakkan ke dalam air, rubidium akan bertindak balas dengan air untuk menghasilkan rubidium hidroksida dan gas hidrogen.
Apabila rubidium dibakar dalam oksigen, rubidium oksida akan terhasil.
Apabila rubidum dibakar dalam gas klorin, rubidium klorida akan terhasil.
5. Unsur rubidium dan sesium akan biasanya berpadu dengan unsur lain dan sukar untuk dipisahkan. Fransium ialah isotop radioaktif yang sangat tidak stabil dan mempunyai jangka hayat yang paling pendek.
Comments
Post a Comment