3. Sifat Kimia Unsur Kumpulan 1
1. Semua logam alkali mempunyai 1 elektron valens. Oleh itu, logam alkali menunjukkan sifat kimia yang sama.
2. Semasa tindak balas, atom unsur Kumpulan 1 ion yang hilang elektron valens untuk membentuk ion yang bercas +1, untuk mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil.
Contohnya :
3. Oleh kerana elektron tunggal pada atom mudah dilepaskan, unsur logam alkali adalah sangat reaktif dan bertindak balas secara sangat cergas dengan unsur-unsur lain seperti oksigen dan air.
4. Semua unsur kumpulan 1 menunjukkan sifat kimia yang sama tetapi kereaktifan yang berbeza.
5. Kereaktifan logam alkali bertambah apabila menuruni kumpulan :
- Saiz atom (jejari atom) semakin bertambah.
- Elektron valens semakin menjauhi tarikan nukleus.
- Tarikan nukleus terhadap elektron valens menjadi semakin lemah.
- Elektron valens ini lebih mudah dilepaskan dalam tindak balas untuk mencapai susunan gas adi yang stabil.
Eksperimen 4.1
Tujuan: Mengkaji sifat kimia unsur Kumpulan 1
Pernyataan masalah: Apakah sifat kimia unsur Kumpulan 1 apabila bertindak balas dengan air, oksigen dan klorin?
Bahan: Litium, natrium, kalium, air suling, kertas turas, kertas litmus merah, gas oksigen dan klorin
Radas: Forseps, jubin putih, besen, pisau, sudu balang gas, balang gas dengan penutup, silinder penyukat 10 cm3 dan penunu Bunsen
A. Tindak balas unsur Kumpulan 1 dengan air (Demonstrasi guru)
Link :
B. Tindak balas unsur Kumpulan 1 dengan oksigen
Link :
C. Tindak balas unsur Kumpulan 1 dengan klorin
Link :
Hipotesis: Apabila menuruni Kumpulan 1, tindak balas antara
logam alkali dengan air semakin reaktif.
Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan : Jenis logam alkali
(b) bergerak balas : Kereaktifan logam alkali dengan air
(c) dimalarkan : Saiz logam alkali
💪Tips Modul - Susunan elektron duplet atau oktet adalah stabil. Atom unsur lain akan mencapai susunan duplet atau oktet apabila menderma atau menerima elektron. Keelektronegatifan suatu unsur adalah kecenderungan unsur untuk menerima elektron. Bagi keelektropositifan suatu unsur adalah kecenderungan unsur tersebut melepaskan elektron
Comments
Post a Comment