2. Perubahan Sifat Fizik apabila Menuruni Kumpulan 1

 1. Logam alkali adalah lembut dan mudah dipotong dengan pisau.

2. Logam tersebut mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah berbanding logam berat. Contohnya, besi (takat lebur = 1450 °C)

3. Logam ini mempunyai ketumpatan yang rendah dan boleh terapung di atas air.

4. Jadual 2.0 menunjukkan beberapa sifat fizik bagi logam alkali

Unsur

Jisim Atom Relatif

Jejari Atom

Ketumpatan

 (g dm -3)

Takat Lebur (°C)

Takat Didih (°C)

Litium

7

0.152

0.53

181

1342

Natrium

23

0.186

0.97

98

883

Kalium

39

0.227

0.86

63

759

Rubidium

85.5

0.248

1.53

39

688

Sesium

133

0.265

1.90

29

671

Fransium

223

0.270

2.40

27

677

Apabila menuruni Kumpulan 1,

a. saiz atom bertambah.

Hal ini kerana, bilangan petala berisi elektron bertambah. Oleh itu, jarak antara petala valens yang berisi elektron dengan nukleus semakin jauh.

b. takat lebur dan takat didih berkurang.

Hal ini kerana, apabila saiz atom besar ikatan logam akan menjadi semakin lemah. Oleh itu, kurang tenaga haba diperlukan untuk mengatasi ikatan logam yang lemah semasa peleburan dan pendidihan.

c. ketumpatan unsur bertambah.

Hal ini kerana, penambahan jisim atom relatif adalah lebih daripada penambahan saiz atom apabila menuruni kumpulan.


Ringkasan perubahan sifat fizik unsur apabila menuruni kumpulan 1.



💪Tips Modul - Semua logam (termasuk logam peralihan) mempunyai takat lebur yang tinggi kecuali logam 1 (logam alkali)

Comments

Popular posts from this blog

Siti Humairah binti Hamzah & Dr Hafsah Taha